Jan 3, 2017

PASANG SURUT 2016


Assalamuailaikum...

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan semoga segala impian dan cita-cita akan tercapai tahun ini.. tidak sah kalau tak buat entri berkaitan pasang surut 2016 kan... kena recap balik moment moment yang terjadi tahun 2016... ada kisah gumbira ada kisah duka lara..nama pun kehidupan kan... jom throwback apa yang 'Best Moment Last Year 2016' bagi Ash selaku insan biasa yang tidak dikenali tapi mahu berkongsi journal kenangan bersama korang semua... 🎉🎊🤓🎉🎊

BEST MOMENT
2016



- YANG PASANG -


1. Travel
Tahun 2016 merupakan tahun kenangan travel yang paling indah dan best. Tanpa ditaja oleh sesiapa tapi hasil berkat simpanan berwarna Ash membolehkan ash menjejakkan kaki ke Negara impian Ash yang dari kecik dok berangan nak pergi... Tak lain dan tak bukan Negara Matahari terbit JEPANG... yayyy 😃😃 ... Ash pergi berbekal ilmu yang sangat cetek, pergi tanpa tourist guide..gamble dengan cara flashpacker...dapatlah duk sana selama 12 hari... 





Ini adalah antara tentatif yang Ash sediakan sebelum pergi Japan Trip 2016.. nanti Ash ceritakan tips dan pengalaman semasa berada disana.

Selain itu juga, tahun 2016 Ash telah pergi travel ke Thailand.. ini pun kali pertama juga jejakkan kaki...kebetulan masa Ash pergi tu musim panas...wooow memang mencabar kesabaran dan ketahanan diri.. yang ini pun pergi secara flashpacker without tourist guide.


singgah sebentar bersama pak belang auuummmm tapak tangan dia je pun lebih besar dari muka ash..cer bayangkan 🐯



2. Event Manga & Anime


Animangaki 2016


Korang tahu tak apa itu Animangaki..meh nak cerita serba sedikit.. maksud dia Anime Manga & Games so bila dirumuskan jadilah Animangaki.. Event ni dah lama ada just ash baru tahun ini berkesempatan nak join..so excited tu terlebih sikit.. event ni adalah tempat berkumpul bebudak otaku (like me) , gamers, cosplayer, artist artwork,fandoms bebudak geek, Budaya J-Pop dan juga Marvel/DC pun ada juga.


Comic Fiesta 2016

Seangkatan dengan Animangaki, cuma CF Konvensyen Animasi Malaysia paling lama dan lebih besar yang juga tertumpu pada anime/animasi, komik, games dan cosplayer. Setiap tahun lokasi tempat diadakan CF berubah-ubah, tahun ni lokasi diorang di PWTC
 .

Comic Fiesta 2016

Kedua-dua events ni memang besh dan meletopss..tahun 2017 kalau ada peluang akan pergi lagi.. 😁




3. Konsert


Konsert IKON.... IKONNNN is coming to town yayyyy
sebenarnya dah lama tunggu IKON datang malaysia finally they are here... diorang semua sangat sporting dan peramah..walaupun diorang sangat besh dan bertenaga semasa membuat persembahan tapi satu je yang kurang sikit masa diorang datang,,, pengurusan yang menguruskan kedatangan diorang sangat tak best...nak citer panjang kt sini tak xcukup ruang plak nanti..tapi apa apa pun IKON is always the Best.. hope this year, BTS plak trun sini pleaseeee hihihi 😍





4.  Asia Comic Cultural Museum


Jalan - jalan Malaysia, akhirnya dapat juga pergi pusing pusing Pulau Pinang yang selama ni hanya lalu dipingiran je..banyak juga tempat menarik dan hotel yang Ash duduk betul betul tepi pantai...sangat dapat menenangkan jiwa yang serabut ni 😅😅 


5. Keadaan Sekeliling

Alhamdulillah.. walaupun tak kaya, tapi masih mampu untuk menjalani kehidupan di bandar Kuala Lumpur yang penuh pancaroba dugaan dan cabaran...masih teguh berdiri walaupun kekadang tu hanyut dibawa hati yang lara.. syukur sebab dikenalkan dengan orang disekeliling dan kawan kawan yang sangat baik dan memahami. Setiap manusia mempunyai masalah mereka yang tersendiri, apabila Ash rasa Ash dah jauh jatuh diorang sudi membimbing kembali..Tengkiuu korang...korang semua memang besh.. segala makan minum yang korang banje dan gift yang korang kasi akan daku ingat sapai biler biler...😍 😄




- YANG SURUT -



Hati Ash selalu tenggelam dalam pelbagai persoalan yang membuatkan Ash sendiri jadi down dan low confident, Ash selalu rasa yang diri ash tiada kebaikan pun, selalu hanyut dibuai perasan... perasaan ini wujud disebabkan oleh pelbagai perkara sedih yang berlaku berkaitan keluarga dan diri sendiri...hohoho tapi takpe kite perlu kuat untuk menghadapi apa pun dugaan dan cabaran yang tiba.. semoga hati ini tabah sabar dan kuat selalu... hidup ini ibarat roda..ada masa kita dibawah dan ada masa kita diatas...mungkin sekarang kita dibawah tapi INSYA ALLAH masa kita akan tiba juga suatu hari nanti... yang penting kita kena usaha dan tawakal kan 

yang surut tak boleh citer semua nanti orang kata mengaibkan diri plak..cukuplah sekadar rumusan atas apa yang berlaku..Semoga Ash akan sentiasa kuat dalam menghadapi semua rintangan 😁

semoga hadapilah nikmat dengan syukur dan musibah atau kekurangan dengan sabar, semoga tahun baru 2017 ini mampu menjadikan kita manusia yang bersyukur dan penyabar ... dah semoga makin banyak kebaikan yang akan kita terima.. AMEEN

Selamat Tinggal Tahun 2016

Selamat Datang Tahun Baru 2017


5 comments:

cikscha said...

assalamualaikum.. hye sis walking here. comel je :) best ja baca sis g travel. sis doakan saya dapat travel sendri juga ye,, dapat bawa family juga.. Sama2 kita doakan antra satu sama lain.''

by scha

u are welcome to my blog
http://missshakecantik.blogspot.my/2017/01/kanser-pundi-kencing.html

cikscha said...

assalamualaikum.. hye sis walking here. comel je :) best ja baca sis g travel. sis doakan saya dapat travel sendri juga ye,, dapat bawa family juga.. Sama2 kita doakan antra satu sama lain.''

by scha

u are welcome to my blog
http://missshakecantik.blogspot.my/2017/01/kanser-pundi-kencing.html

Sweetkawai said...

Hello.... nice starting for 2017 and nice ending for 2016.. nice blog ...

nurul harnani kasmari said...

Jom g singapore sama. Tak pon jom kt g lombok jom. Mana2 la this year travel together.

Pasal surut tu. Ingt jadikan pengajaran je. Nanie yakin asrah kuat macam nanie. Kt kan wanitaa hebat

ash asrah said...

jom jom teringin nak g singapore sebenarnya..sbb ash pergi spore po..dpt g USS je..xpenah pusing2 sana lagi...klo boleh nk g dengan baget paling murat huhuhu... lombok po ok gak sbb xpenah pergi n takde member yg nk gi +_+