Jan 27, 2017

MOVIE REVIEW : LOTSSS OF MOVIES - THE GREAT WALL, PASSENGERS, ASSASSIN CREED, PATRIOTS, THE BYE BYE MAN, RESIDENT EVILS & XXX: RETURN OF XANDER CAGE

Assalamuailaikum...


Just nak sharing, beberapa movies yang ash dah pergi tengok kat wayang dalam bulan Januari nie..



LOTTSSS OF MOVIES






ASSASSINS CREED THE MOVIE

Mengisah Callum adalah seorang yang berketurunan Assassin pada zaman dulu, tugas dia adalah menjaga Apple daripada diambil oleh sebuah organisasi Templar yang zalim. Tujuan Templar nak kan Apple ni sebabnya cam biasalah nak kuasai dunia.. ikutkan kalau nak Apple zaman sekarang dah banyak Apple.. Ipong ada Mac ada…pilih je mana yang berkenan… walaubagaimana pun, filem ini buat saya ada sedikit rasa teringin nak try bermain games ni… Filem ini mempunyai pelakon yang sangat bagus walaupun jalan cerita ada sedikit hambar and bosan…masih lagi filem yang okey untuk di tonton…


ash bagi 3/5 bintang

 



PASSENGERS


Al-kisahnya bermula apabila seramai 5000 penumpang kapal angkasa mewah yang dipanggil Avalon dalam perjalanan di ruang angkasa ke planet baru iaitu Homestead II tetapi telah berlaku satu masalah dimana dua penumpang telah bangun terlalu awal daripada jangkamasa yang telah ditetapkan iaitu 90 tahun lebih awal disebabkan oleh kerosakan kapal angkasa Avalon tuh..Terdapat pelbagai kejadian yang tidak disangka berlaku di dalam kapal tersebut. Mereka mula jatuh cinta tapi malangnya ada perkara yang tidak diduga berlaku. Keseluruhanya cerita ini memang besh tidak mengantuk langsung walaupun tidak ramai pelakon dalam filem ni… dengan lakonan mantap Chris Pratt dan Jennifer Lawrence.. Filem Yang bermula dengan baik, menakjubkan dan kesan visual yang mantap  walaubagaimanapun filem berakhir dengan cara yang boleh dijangka dan stereotaip....

ash bagi 4/5 bintang

saya suka Chris Pratt...bias disituuuu hahaha ^^



THE GREAT WALL

The Great Wall merupakan filem epic historical fiction action-adventure monster film .. Seorang pahlawan upahan (Matt Damon) dipenjarakan bersama temannya di Great Wall, die mendapati ada sesuatu yang misteri disebalik tembok yang dikenali sebagai salah satu benda ajaib di dunia…Dia terpaksa menyertai peperangan memerangi raksasa yang dipanggil TaoTie. Raksasa itu merupakan spesies makluk asing yang berasal dari meteor hijau yang jatuh ke Pergunungan Gouwu pada dua ribu tahun yang lalu. Mereka menyerang Utara China setiap 6 tahun sekali…sebab itu lah Great Wall tu dibina untuk menangkis serangan daripada raksasa alien tu…rupa TaoTie tu ala ala cam komodo tapi version yang dah mutasi punya lah… Filem seronok untuk ditonton sebab diselitkan unsur unsur lawak sikit dan aksi dia memang terbaik…cara diorang berlawan dan bersiap sedia untuk berlawan tu memang mengkagumkan..korang patut tengok filem ni.. 
ash bagi 4.5/5 bintang


 PATRIOTS DAY


Berdasarkan dari Kejadian sebenar yang berlaku pada Hari Pahlawan (Patriots Day) di Boston, masa serangan tragedi itu berlaku pada 15 April, 2013, dua bom telah meletup pada hari tersebut dimana pada masa itu tengah diadakan Boston Marathon. Ramai yang cedera parah dan tiga didapati mati.  Selepas kejadian serangan, Sarjan polis. Tommy Saunders (Mark Wahlberg), FBI Special Agent dan Penyiasat lain berkerjasama dalam memburu suspek dan membawa mereka ke muka pengadilan... walaubagaimana pun, ada unsur unsur terrorist dinyatakan didalam filem ini...mohon korang semua nilaikan sendiri...

ash bagi 3/5 bintang



THE BYE BYE MAN

Tiga pelajar kolej diganggu kuasa jahat yang mengelarkan diri Bye Bye Man..

sebuah filem seram tapi lebih kepada kesian kepada watak utama yang cuba untuk mengelakkan diri dari menyebut perkataan Bye Bye Man ‘don't think it, don't say it’ sekali sebut perkataan tersebut dia akan mengawal segala tindakan kita. Honestly bagi ash…filem ini tidak seram langsung, boleh lah kalau sekadar mengisi masa lapang..jalan cerita agak mendatar dan ending macam dah boleh agak jer…so

ash bagi 2/5 bintang



RESIDENT EVIL THE FINAL CHAPTER 

Akhirnya…. This has to be the "Final Chapter," Right? Right?
Don't let it mutate. Don't let it spread. Don't let it fester, re-animate and come back to life,

Tapi inikan Hollywood apa apa pun boleh terjadi kan kan kan
Selepas peristiwa Resident Evil: Retribution, Alice mendapat tahu manusia diambang kepupusan setelah dimanipulasi oleh Umbrella Corporation… tidak semena mena Alice mendapat rakan sekutu iaitu Red Queen (kalau korang peminat filem ni kompem korang tahu sape Red Queen ni) … Red Queen (RQ) ni bagitahu yang Umbrella ada buat antivirus bagi menghapus T-Virus so Alice kene pergi ke Raccon City untuk dapatkan antivirus tersebut. RQ juga bagitahu yang dia hanya ada 48 jam untuk perjalanan ke Raccoon City dan melepaskan antivirus sebelum Umbrella Corporation melancarkan serangan untuk menghapuskan semua manusia… Sepanjang perjalanan, Alice menghadapi bukan sahaja sekutu baru dan musuh, tetapi juga bertemu kembali sahabat lama Claire Redfield. Macam biasa kalau dan tengok filem Resident Evil ni dari No.1 sooo kenelah tengok yang Last Chapter ni...aksi toksah cakap cam biasa memang terbaik..just suasana kali banyak dalam keadaan gelap sehingga susah nak tengok dengan jelas..apa apa pun yang suka filem aksi..patut tengok filem ni...

ash bagi 4/5 bintang



XXX: RETURN OF XANDER CAGE

Pakatan Tertinggi Kerajaan telah mencari Xander Cage untuk menugaskan dia mencari weapon yang dikenali sebagai Pandora Box yang boleh mengawal satelit tentera dari seluruh dunia dimana Pandora Box telah dicuri oleh Donnie Yen and the geng…So Xander Cage telah merekrut satu kumpulan baru untuk mencari box berkenaan malangnya diorang semua terjembak dengan konspirasi jahat oleh pakatan sulit tertinggi kerajaan..
Filem yang sangat menghiburkan dan menyeronokan..penampilan beberapa celebrity terkenal seperti Neymar Donnie Yen Kriss EXO Deepika dan banyak lagi..jalan cerita yang tidak membosankan dan disajikan pula dengan aksi yang sangat hebat dari Donnie dan Diesel..walaupun aksi tidak masuk akal tapi lakonan mantap diorang Berjaya membuatkan filem ni sangat seronok untuk ditonton..apa lagi kekawan jom serbu wayang..masih ada lagi ditayangkan
ash bagi 4.5/5 bintang




So itu sahaja review yang tak seberapa dari ash...segala pandangan adalah dari kotak pemikiran kite sendiri..no heart feeling okies ^^




5 comments:

Dodol said...

Hellooo good info

Sweetkawai said...

Yoooo kite pun dah tengok muvi muvi kat atas tu

Kouno said...

Hiiii blogwalking here... nice blog...

nurul harnani kasmari said...

Hi asrah. Nanie tgk baru satu movie je itipun the great wall. Next nk tgk triple x.

Note. Klu nk ajak tgk wyg sama2, nanie ON je. Hehe

ash asrah said...

wokey set.... nanti kite tgk wayang sesama...nani free je kan ^^_