Oct 3, 2015

MOVIE REVIEW : POLIS EVO

Bismillahirrahmanirrahim.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


Salam seme





Dah lama rasanya BKM tak tengok filem melayu selepas KL Gangster 2 hari tu ….walaupun ramai yang dah pergi tengok filem POLIS EVO sejak mula ditayangkan pada 17 September lalu..tapi BKM baru saja berkesempatan dapat pergi tonton filem ini….


POLIS EVO

Cikidaut
 Sinopsis




Filem aksi komedi yang diterajui oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak ini mengisahkan tentang dua orang anggota polis, Khai dan Sani. Mereka mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama dalam satu tugasan untuk menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah.

seyes...sam dalam filem ni memang stailo abis...macho esem semelah...memang suka betul dengan gaya  die dlm filem ni

 Review

Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran Syabu Naga di Terengganu. Inspektor Khai harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih pakar dengan selok-belok negeri Terengganu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti yang sangat berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak pants dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Segalanya berubah apabila penjenayah mula melibatkan keluarga Inspektor Sani. Inspektor Khai dan Inspektor Sani mula bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka dan menyelamatkan adik Inspektor Sani.

cam kucing dengan hamster hihihi
Tahniah diucapkan kepada pengarah, krew produksi dan para pelakon…tanpa kerjasama antara mereka semua…filem ini tidak akan Berjaya…tahniah juga kerana Berjaya mendapat kutipan melebihi 8 juta….fuyoooo satu kejayaan yang sangat besar bagi filem kita….



Sebab sebab korang patut pergi tengok filem ini kat wayang :-

i.  Gadingan dua orang pelakon popular yang sangat hebat

  • Dah lama giler tunggu kemunculan Shaheizy Sam dalam genre aksi setelah lama beliau berehat dari genre ini.
  •  Dok sabo tunggu Zizan berlakon aksi serius gini..tapi dah nama po zizan kan kompen kene ada lawak…kan kan kan dah sebati dengan jiwa dia ni. Ada saja lawak Zizan walaupun agak santai
nora nora kenapalah comel sangat mulus jer kulit muka..jeles koi...

ii.  Nora Danish bercakap dalam loghat slang Terengganu.

  • Seyes napak comel giler dan tak kering gusi bila tengok Nora cakap loghat Terengganu.


seyes terkejut...badan sam jadi sado giler...memang kagum r...seyes melting melting melting

iii.  Aksi sebenar oleh Shaheizy Sam

  • Dalam filem Polis Evo ini lakonan Shaheizy Sam membawa watak inspektor polis sangat hidup. Bermula aksi bertarung dengan ahli gengster sampailah geng syabu naga merah agak menarik, ada aksi kejar mengejar, langgar kereta & letupan yang Nampak real siap ada scene kerete terpusing terbalik. Sepanjang waktu tayangan memang tak rasa bosan langsung. Dan ada trivia mengatakan Shaheizy Sam mengambil masa lima bulan untuk buffkan tubuhnya khusus untuk peranannya dalam "Polis Evo".

walaupun masih ada sedikit kekurangan dari segi kelogikkan tapi takpe..masih boleh dipertingkatkan lagi untuk masa akan datang...mana tahu ada POLIS EVO 2 ke kan kan kan..

Apa apa pun, bagi BKM ini ada adalah filem melayu terbaik setakat ini untuk tahun 2015 ni…. Korang yang belum tengok apa lagi jom pi serbu panggung yang berdekatan dengan korang..ajak kekawan family sekali…


Budak KacaMata bagi 4 bintang daripada 5 yeahhhh



 - bye -



BUDAK KACA MATA by ASH_ASRAH



panda 63
 

4 comments:

Siti Nurzafirah said...

heheh... nora cakap terengganu? mesti lawakkan... heee

tadak geng nak p tengok...

Nabila Syifa said...

alamak, tersama lak entry!! huhu btw comeynye banner u atas tu!!!

budak kacamata said...

hihihih tersama plak kite..almaklumlah polis evo isu wayang terkini ...tengkiu puji banner

zuhdi sanusi said...

aku bru je lpas tngok., huhu