Sep 30, 2015

MOVIE REVIEW : PREVIEW SCREENING THE MARTIAN THANKS AGAIN NUFFNANG FOR FREE TICKET




Bismillahirrahmanirrahim.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Salam seme
 
 
Yippie..Budak KacaMata menang lagi untuk contest dari Nuffnang dan hadiah die adalah tiket wayang The Martian...sebagai kaki wayang tentulah terlompat lompat atas katil keriangan..
 panda 51
 
 
yuhuuuuu #NuffnangmyWIN
 
 
Meh BKM citer skit sinopsis filem ini
 
Cikidaut
 
The Martian adalah kisah Mark Watney, angkasawan NASA dan ahli pasukan penerokaan ARES III di Marikh. Selepas kejadian ribut pasir yang sangat dahsyat di planet itu telah menyebabkan dia terpisah dari pasukannya yang disangka telah hilang dan mati, 
 
Keesokan harinya Watney  tersedar dan mendapati dia mengalami kecederaan dan keseorangan dengan hanya beberapa bulan bekalan untuk terus hidup, yang best yer Watney tak mudah putus asa dan patah semangat walaupun kekadang nampak dia macam dah giveup #dongibab #kipidab tapi die tetap teruskan usaha untuk survivorkan diri dengan menggunakan segala ilmu dan barang barang yang masih ada. Watney adalah seorang saintis dan berkemahiran sebagai ahli botani cuba untuk bercucuk tanam di mars, dalam masa yang sama dia cuba juga cari jalan untuk untuk berkomunikasi dengan NASA.
 
Watney sedang merakam daily journal dia selepas dia sedar dari pengsan
Mencari jalan untuk dapat pulang ke bumi


dalam masa yang sama NASA yang dibumi menggunakan semua sumber-sumber mereka bersama-sama dalam usaha untuk membawa Watney pulang ke bumi.
.
 
PASRAH atas segalanya..muka redha

The Martian adalah lebih daripada sekadar pengalaman pawagam. Ia sebuah filem yang boleh dilihat sebagai cikgu sains yang mengajar di kelas. Dalam filem ini, BKM rasa Daily Journal yang dirakam oleh Watney adalah salah satu sebab filem ini tidak rasa bosan. Journal yang dirakam diselitkan dengan unsur unsur lawak dan sedih.

thanks again NuffnangMY

 
 
Kesimpulannya
 
The Martian sememangnya menakjubkan untuk ditonton dan sebuah filem yang hebat ... kalau anda peminat filem Cast Away, Gravity, atau pun Interstellar...anda patut tonton filem ini
panda 53
Jom apa lagi, serbu panggung wayang yang terdekat dengan korang semua, The Martian ini akan ditayangkan serentak diseluruh wayang Malaysia pada

1 October 2015

Budak KacaMata bagi 3.5 bintang daripada 5 yeahhhh


 - bye -


BUDAK KACA MATA by ASH_ASRAH


panda 63
 

2 comments:

Emiryu said...

Bestnye dpt tiket free...huhu...

budak kacamata said...

huhuhuh kebetulan rezeki..jarang masuk contest boleh menang...