Aug 31, 2015

PERKONGSIAN PENGALAMAN KEMBARA SYRIA OLEH SICOMEL

Bismillahirrahmanirrahim.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Salam seme

 

Perkongsian Pengalaman Kembara Syria oleh Heliza Helmi




Tempat kerja Budak KacaMata setiap hari jumaat memang selalu buat Kuliah Muslimah bagi pekerja wanita sementara pekerja lelaki menunaikan solat Jumaat. BKM rasa sangat bersyukur ditempatkan di syarikat ini yang sangat mementingkan perkongsian ilmu ilmu ukhrawi. Dikesempatan ini BKM ingin berkongsi pengalaman pada jumaat lepas.

BKM rasa cukup bertuah  berpeluang berjumpa dengan seorang Wanita yang cukup bersemangat waja bermata hitam bulat comel persis si kucing comel huhuhu siapa lagi tentulah Heliza Helmi. 

Apa yang BKM perasan, cara dia berkomunikasi dulu dan sekarang sangat berbeza.. dulu BKM pernah tengok dia bercakap time tu zaman Akademi Fantasiaaaaa (tone lagu)... terasa macam kebudak budakan sangat masa tu tapi sekarang dia sudah jauh lebih matang.
 

Cara dia berkomunikasi dengan tetamu yang hadir dan setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya adalah merupakan pengalaman hidupnya. Bukan sekadar cakap kosong sahaja... Satu perubahan yang menakjubkan... yang BKM rasa berpunca dari GAZA, SYRIA dan PALESTIN
 
Heliza tertido plak
ok ok dah terjaga balik

Dia berkongsikan sebuah kisah yang menyayat hati mengenai mengenai pelarian Syria yang membuatkan tetamu mengalirkan air mata .. termasuk berjaya membuatkan hati kecik BKM terasa bersemangat untuk turut ‘berjuang‘ dengannya untuk membantu Gaza Syria dan Palestin walaupun pertolongan itu hanya sebesar zarah.

Ternyata perlantikannya sebagai Duta Aman Palestin amat tepat sekali...Dia memang layak untuk memegang jawatan itu...

Tahniah buat Heliza Helmi dan teruskan perjuangan

Heliza Helmi juga mempunyai beberapa buat buku yang ditulis sendiri dan yang paling terbaru sebuah Buku yang bertajuk Diari Seorang Mujahidah | Kembara Syria. yang ditulis bersama Roziyah Mahamad.
 
Sebelum balik, dia sempat menyanyi lagu berjudul La Tahzan... sedih dan sayu mendengarnya..apatah lagi kalau melihat video lagu La Tahzan itu sendiri....
 
Kesimpulannya, BKM  kagum dengan semangat yang ada dalam diri dia dan dia seorang yang sangat tidak sombong dan sempoi orang nya... celoteh dia membuatkan kami yang mendengar pengalaman dia bergelak ketawa dan ada masa berselang seli dengan kisah sedih tertusuk rasa pedih bila dia menceritakan kisah hidup masyarakat di sana...
 
seorang yang ceria

Jika anda sudi untuk membantu..bolehlah
Salurkan bantuan anda ke

www.amanpalestin.net

Www.tabungsyria.com 
#bantuGaza
 

 


Sebagai penutup tirai...meh banje gambo dari kami


 - bye -

BUDAK KACA MATA by ASH_ASRAH

panda 63

6 comments:

PeRdU cINta said...

Moga istiqhomah dalam amal kebaikkan..amin..

ainniah said...

seriusnya heliza. tapi maintain comel. :)nia

namy yul said...

cutenya heliza..

theyanaonly said...

suka tengok muka heliza

JEMPUT BACA RUTIN HARIAN

SuperMario Bros said...

:)

budak kacamata said...

Heliza memang cute n kecik molek jer org yer...tapi semangat die tinggi...suka tengok cara die